Quantcast
Channel: Pasaran Hartanah – Tips Hartanah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 13

JPPH perlu cari jalan penyelesaian keadaan pasaran hartanah – Timbalan Menteri Kewangan

$
0
0

KAJANG, 4 Nov -Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)digesa mencari titik persamaan dengan agensi berkaitan dalam usaha mencari satu jalan penyelesaian mengenai keadaan pasaran hartanah.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah berkata tindakan itu dapat memperkukuhkan peranan JPPH melalui Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) dalam menerbitkan data yang berkualiti, data semasa dan tempat bagi menyokong pasaran hartanah negara.

“Saya yakin data dan maklumat harta tanah yang diterbitkan oleh NAPIC adalah menyeluruh dan amat berguna untuk dijadikan indikator dalam merencana pembangunan harta tanah negara dan dalam penetapan polisi yang berkaitan dengan hartatanah,” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Pembekal Data NAPIC Lembah Klang di sini, hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah JPPH Mohd Khairuddin Abd Halim.

Amiruddin berkata data yang dibekalkan perlu tepat agar tidak berlaku isu penyebaran data tidak tepat yang boleh memberi isyarat tidak tepat kepada penggiat industri.

Beliau berkata isu semasa seperti hartanah tak terjual, ketidaksepadanan antara harga dan lokasi, kenaikan harga rumah serta keadaan pasaran hartanah serantau telah memberi impak yang besar kepada negara.

“Timbul juga komen negatif yang mempersoalkan ketepatan dan percanggahan data dengan beberapa agensi lain,” katanya.

Amiruddin menggesa pembekal data untuk terus memberi kerjasama bagi memastikan maklumat hartanah dihantar secara dalam talian kepada NAPIC.

“Bertepatan dengan perkembangan dunia teknologi semasa dan Objek Rangkaian Internet (IoT), adalah wajar dan lebih mudah bagi data disalurkan melalui Sistem Maklumat Hartanah Malaysia (PRISM),” katanya.

PRISM menyediakan maklumat tepat, komprehensif dan pantas mengenai sektor hartanah Malaysia yang turut menyatakan perminataan dan pembekalan hartanah, laporan pasaran hartanah, dan pelbagai maklumat berkaitan hartanah kepada agensi kerajaan, pemaju hartanah dan pihak yang berminat menerusi internet.

Terdahulu, sebanyak lapan pembekal data telah dipilih sebagai pemenang Anugerah Pembekal Data NAPIC Terbaik, antaranya Majlis Perbandaran Sepang, IOI Properties Group Bhd, Lembaga Tabung Haji dan GM Klang Sdn Bhd.

Setakat ini terdapat lebih 2,000 pembekal data NAPIC di Lembah Klang yang terdiri daripada agensi kerajaan dan sektor swasta.

— BERNAMA


Viewing all articles
Browse latest Browse all 13

Latest Images

Trending Articles


Cersil indo Si Pemanah Gadis 3 bag 1


BIODATA DR SAY SHAZRIL


Katakan Tidak Pada Cinta


Etika Makan Buffet di Hotel


BIODATA SUAMI ADIRA AF DATUK SERI ADNAN ABU


Label Papan Kenyataan dalam Bilik Darjah


Tragedi 2 Helikopter Bertembung Di Udara, TLDM Dedah 10 Wajah Mangsa Terkorban


BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Minuman Blue Passion Fruit


"Pengantin Lelaki Cetak Wang Palsu Untuk Dijadikan Hantaran Mas Kahwin"